Semasa melahirkan anak, ibu mesti dinasihatkan agar tidak
mengangkat punggung semasa meneran supaya tak bahagian pangkal rahim tu tak
terkoyak kan? Tapi, masa meneran mestilah tak ingat apa yang berlaku. Yang kita
ingat adalah sakitnya sahaja. Dan paling penting kita nak keluarkan baby je
masa tu Tapi, akibatnya, kemungkinan
untuk terkoyak teruk tu kita kenalah tanggung sendiri.
Bila terkoyak banyak,
banyaklah yang kena jahitnya. Ngeri bila fikir-fikirkan kembali saat kena jahit
tu. Bidan tu siap buat episiotomi lagi sebab katanya supaya tak terkoyak teruk. Sekurang-kurangnya, dengan
episiotomi, senang sikit nak menjahit semula jika dibandingkan dengan terkoyak
sana-sini. Masa bersalin anak kedua, luka jahitan agak lama nak sembuh sebab
yang menjahit adalah doktor pelatih.
Hampir sejam masa diambil untuk
menjahitnya sahaja. Bila ditanya, cakap sikit je yang terkoyak tapi tak tahu la
kenapa lama sangat.
Luka jahitan lepas bersalin nie kena jaga betul-betul supaya
tak bernanah ataupun terkoyak balik. Ye la, luka jahitan tu di bahagian selalu
kena air. Lagilah kena jaga elok-elok. Takut nanti lambat sembuh je. Inilah 5 langkah mudah ini supaya luka jahitan cepat sembuh. Biasanya, tak
sampai seminggu luka dah kering.
1. Luka Jahitan Mesti Selalu Kering
Ini adalah perkara yang amat susah untuk dilakukan. Seperti
yang Syu cakap tadi, bahagian luka ini selalu kena air. Nak buang air mesti
akan terkena luka. Nak mandi pun akan terkena luka juga.
Oleh itu, kita kena sentiasa ada kain bersih dalam bilik air
supaya kita boleh lapkan bahagian luka setiap kali lepas membuang air ataupun
mandi. Kita memang akan letak satu tuala kecil dalam bilik air sebab selalu je
terlupa nak bawa masuk toilet.
2. Sapu iodin atau minyak gamat
Ubat ini pun akan letak dalam bilik air je. Lepas lap
kering-kering, Kita akan sapu minyak gamat ataupun iodin (ubat kaler kuning tu,
memang akan dapat bila balik dari hospital). Tapi, lagi suka guna minyak
gamat la sebab lagi cepat baik lukanya.
3. Tukar pad dengan kerap
Pad kita kan sentiasa basah dengan darah, terutamanya masa
awal-awal bersalin. Sebab tu la kena tukar selalu. Di samping takut dijangkiti
bakteria, pad yang kering akan memudahkan luka untuk sembuh. Kita guna maternity
clothpad. Memang best sebab Pabrik dari jenis cotton yang memang menyerap.
Jadi, takde la basah sangat tempat luka tu.
4. Rendam dengan air garam
Yang nie sakit sikit la. Kita buat pun sekali sekala je. Kita ambil besen yang agak besar, asal boleh masukkan bahagian luka tu. Sambil
menyangkung dalam bilik air tu, rendamkan sekali luka tu. Awal-awal rasa la
sakit, tapi lama-lama rasa best je. Garam kan antiseptik yang bagus. Cepatlah
mati segala bakteria dan ia juga membantu untuk cepat sembuhkan luka jahitan.
Alhamdulillah, memang cepat baik.
5. Makan makanan yang berkhasiat
Makanan yang berkhasiat, terutamanya yang mempunyai zink,
protein, dan vitamin C akan membantu mempercepatkan pemulihan luka dan juga
membantu untuk mencantumkan semula luka-luka kita itu.
Jadi, Kita akan amalkan mengambil Set Pantang Bertenaga
Shaklee dari hari pertama Syu bersalin sebab Set Pantang Bertenaga Shaklee ini
ada kesemua sumber zink (zinc complex), protein (ESP) dan Vitamin C (Sustained
Release Vitamin C), di samping keperluan nutrisi-nutrisi lain yang amat
diperlukan badan Syu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala.
Jadi, ibu-ibu kena berhati-hati tau dalam menjaga luka
jahitan lepas bersalin. Kena pastikan luka cepat sembuh. Kalau tak
mesti kita akan sentiasa takut untuk masuk tandas untuk buang air besar sebab
tak nak meneran kuat sangat. Risau nanti jahitan tebuka. Kalau takut sangat,
cepat-cepat amalkan semua langkah ini untuk pastikan luka cepat sembuh ye.
Kalau perlukan apa-apa, jangan segan-segan untuk minta
pertolongan tau!!
SEMOGA BERMANFAAT!

Tidak ada komentar:
Posting Komentar